Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Alhamdulillah, tahun ni kita bertemu lagi dengan Ramadhan.
Specialnya bulan ini, bulan yang penuh rahmat, amalan sunat dan wajib mendapat
ganjaran berganda. Apa lagi kita mahu?
Di tambah dengan bonus Lailatulqadar, inilah kesempatan yang
harus kita ambil sebagai muslim untuk topap balik iman kita, cuci hati jiwa
raga. Gunakan Ramadhan ini ibarat inilah ramadhan kita yang terakhir.
Cabar diri kita untuk mendisplinkan diri beramal demi bekalan
akhirat kita. Sebagai pelabur, disiplin amat penting sebagai elemen kontrol
dalam habit berbelanja dan melabur. Setiap risiko perlu dikira, banyak ilmu
yang perlu dipelajari sebelum kita menjadi pelabur yang success.
Berbeza dengan Ramadhan, tiada amalan yang kita buat
merugikan kita, tidak perlu kira risiko, semua berpahala asal kena pada niat
asal anda.
Semoga kita gunakan Ramadhan kali ini lebih baik dari
Ramadhan tahun-tahun sebelumnya.
No comments:
Post a Comment