Saturday, July 19, 2014

Pelaburan?

Apakah itu pelaburan? bagi saya, pelaburan adalah satu cara untuk seseorang individu menggandakan wang mereka.

Setiap pelaburan memerlukan "modal"

Di antara modal itu ialah:

1. Ilmu
2. Modal tunai

Ilmu tu biasa la kan, apa-apa kita buat perlukan ilmu, tapi bab cash.
kene cari le sendiri.

Nak main hartanah, kene ada 10% deposit.
Nak main saham, kene ada cash
nak main bond? Nak beli kereta?

bersambung...


Saturday, June 28, 2014

Ramadhan, Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah, tahun ni kita bertemu lagi dengan Ramadhan. Specialnya bulan ini, bulan yang penuh rahmat, amalan sunat dan wajib mendapat ganjaran berganda. Apa lagi kita mahu?

Di tambah dengan bonus Lailatulqadar, inilah kesempatan yang harus kita ambil sebagai muslim untuk topap balik iman kita, cuci hati jiwa raga. Gunakan Ramadhan ini ibarat inilah ramadhan kita yang terakhir.

Cabar diri kita untuk mendisplinkan diri beramal demi bekalan akhirat kita. Sebagai pelabur, disiplin amat penting sebagai elemen kontrol dalam habit berbelanja dan melabur. Setiap risiko perlu dikira, banyak ilmu yang perlu dipelajari sebelum kita menjadi pelabur yang success.



Berbeza dengan Ramadhan, tiada amalan yang kita buat merugikan kita, tidak perlu kira risiko, semua berpahala asal kena pada niat asal anda.

Semoga kita gunakan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan tahun-tahun sebelumnya.


Friday, June 27, 2014

Bumiputra manja?

Assalamualaikum kepada semua pembaca


Kali ini, idea penulisan kali ini berkisarkan mengenai bumiputra. Ya, bumiputra. Sebentar tadi, ada seorang kenalan baru saya, bertanyakan soalan yang nampak lekeh, tapi mendalam.

Dia bertanya lebih kurang begini,  

Betul atau tidak, orang melayu muda ni memang perlu bantuan kerajaan ke untuk maju?

Soalan ini bukanlah ditanya dengan niat untuk memperkecilkan keupayaan melayu dalam konteks ekonomi, tapi lebih kepada ingin tahu.

Saya pada mulanya mahu katakan tidak kepada soalan ini, tapi bila diberitahu beliau telah bertanyakan soalan yang sama dengan orang lain dan jawapan diterima adalah TIDAK. Saya cuba nyatakan sebaliknya tapi lebih berkias.

OK
Bagi saya, saya menjawab yang orang melayu perlukan bantuan kerajaan untuk maju, tapi bukan pada semua perkara. Bantuan kerajaan hanyalah satu alat untuk kita gunakan. Tetapi, apa yang lebih penting daripada alat ialah si pemakainya.

Pemakai alat bantuan ini perlulah menggunakan kemudahan diperolehi dengan bijak, bukan menyalah gunakan ke tempat yang tidak sepatutnya.

Mentaliti seseorang itu menjadikan dia berbeza dengan orang lain. Mentaliti yang menjadi masalah orang melayu kebanyakannya ialah mentaliti makan gaji. Ramai yang mahu ke universiti mendapatkan ijazah atau diploma agar mudah diterima bekerja dan ditawarkan dengan gaji yang lumayan. Bekerja makan gaji bukanlah satu kesalahan, tetapi cara menguruskan gaji/ wang graduan itu yang salah. Baru bekerja sudah mahu membeli liabiliti (kereta). Alasannya mudah ke tempat kerja.

Apabila langkah pertama sudah salah, mudahlah mereka tersalah langkah yang kedua, buat lebih banyak hutang, kad kredit, hutang peribadi (personal loan). Alasannya, kalau tak buat hutang, bila mahu kawin bro.

Inilah mentaliti makan gaji yang dikeji. Mentaliti dan kemahiran menguruskan wang adalah di tahap kritikal.

Kesedaran pengurusan kewangan adalah ilmu asas wajib seorang yang mahu kehidupan yang lebih baik. Jika anda ingin selamanya bekerja, teruskan dengan habit lama anda.



Saya mahu anak-anak muda kita tahu erti financial freedom. Financial freedom means power. Kekuatan ekonomi adalah salah satu senjata ummah. Carilah ilmu bersama rakan-rakan, cara-cara mengurus dan menggandakan wang anda. Beli aset, bukan liabiliti.


Sekian perkongsian kali ini.

Sunday, June 22, 2014

Membajet kewangan: Financial IQ yang ke 3


            Dalam post kali ini, saya ingin berkongsikan kepada anda cara membajet kewangan anda secara betul dan berkesan

            Secara asasnya, Robert telah mengklasifikasikan bajet kepada 2 jenis bajet iaitu:

  1. Bajet defisit
  2. Bajet surplus


Bajet defisit ialah bajet yang dibuat apabila sesuatu organisasi atau bisnes (individu pun termasuk ler) di dalam kekurangan wang. Ia adalah konsep yang diguna pakai lazimnya oleh golongan pelajar, pernah anda semasa waktu belajar meketakkan bajet penggunaan wang PTPTN yang diterima awal semester. Dan bajet ini semakin ketat apabila hujung semester (hahaha)

Bajet surplus pula berbeza di mana ia adalah bajet yang dirangka dengan lebihan wang yang kita perolehi. Ia adalah bajet yang digunakan untuk menggunakan lebihan untung (surplus) bagi menampung perbelanjaan kita.


Bajet surplus yang dicadangkan dalam increase your financial IQ adalah dengan membayar perbelanjaan pada diri sendiri 30% daripada keuntungan/perolehan pendapatan anda terlebih dahulu sebelum membayar keperluan lain seperti hutang.

30% tersebut perlulah di belanjakan kepada
1.     Simpanan
2.     Zakat
3.     Pelaburan

Sekiranya keuntungan diperoleh adalah RM1, maka, RM0.30 diambil dan dibelanjakan untuk 3 perkara tersebut dahulu dan RM0.70 kepada perbelanjaan penting lain termasuk hutang.

Secara peribadi, saya menyokong bajet seperti ini kerana sebagai umat islam, kita amat dituntut untuk menginfakkan harta kita ke jalan yang diperolehi.

Dalam surah Al-Fajr, jika saudara saudari baca tafsirannya, bagaimana kita dituntut meraikan anak-anak yatim dan berkelompok/berjemaah memberi makan kepada orang miskin. 

Apakah kita lupa, punca rezeki dimurahkan adalah dengan memberi?

Dalam seminar Intensif Magnet dan Kekayaan baru-baru ini, Dr Azizan Osman berulang kali menyatakan betapa kuatnya THE POWER OF GIVING kepada magnet rezeki individu.

Basa advancenya, law of reprocity, the more u give, the more u get back

Sharing knowledge juga dikategorikan sebagai memberi. Saya akan mendisplinkan diri dengan bajet surplus ini, anda bagaimana?


Financial Inteligence Celik Wang Post pertama


Setelah menyimpan keinginan yang lama untuk menulis blog berkenaan hartanah, pelaburan dan pengurusan kewangan, akhirnya pada tanggal 22 Jun 2014, bermulalah satu post baru dari saya sebagai satu medium perkongsian ilmu yang diperoleh dari pengalaman harian sama ada dari orang sekeliling saya mahupun dari pembacaan.

Untuk post yang pertama, saya berminat untuk berkongsi ilmu daripada pembacaan buku karya Robert Kiyosaki bertajuk Increase Financial IQ.

Tertarik pada cara penulisannya, saya membeli buku ini di kedai buku 1 Malaysia di stesen bas pudu. Buku ini menerangkan betapa pentingnya kita untuk celik kewangan dalam kehidupan seharian.

Terdapat 5 Financial IQ yang diceritakan dalam buku ini iaitu:

1.     Mendapatkan lebih banyak wang
2.     Melindungi wang
3.     Bajet wang
4.     Leverage Wang
5.     Memperbaiki pengetahuan berkenaan Kewangan

Bagi saya, ilmu ini adalah wajib dituntut bagi seorang yang mahukan penambahbaikan dalam kewangan. Financial IQ adalah langkah pertama sekiranya anda berhasrat untuk menjadi golongan yang kaya.

Duit yang banyak tanpa pengurusan yang betul hanya membuatkan sesorang itu rugi.
Ala, ibarat pepatah popular, sama ada ikan atau joran, yang mana satu pilihan kita? Ikan  dalam bentuk one shot atau joran yang berguna untuk menjana ikan-ikan yang lain (baca duit)

Sekian untuk post kali ni.
22 Jun 2014