Sunday, June 22, 2014

Membajet kewangan: Financial IQ yang ke 3


            Dalam post kali ini, saya ingin berkongsikan kepada anda cara membajet kewangan anda secara betul dan berkesan

            Secara asasnya, Robert telah mengklasifikasikan bajet kepada 2 jenis bajet iaitu:

  1. Bajet defisit
  2. Bajet surplus


Bajet defisit ialah bajet yang dibuat apabila sesuatu organisasi atau bisnes (individu pun termasuk ler) di dalam kekurangan wang. Ia adalah konsep yang diguna pakai lazimnya oleh golongan pelajar, pernah anda semasa waktu belajar meketakkan bajet penggunaan wang PTPTN yang diterima awal semester. Dan bajet ini semakin ketat apabila hujung semester (hahaha)

Bajet surplus pula berbeza di mana ia adalah bajet yang dirangka dengan lebihan wang yang kita perolehi. Ia adalah bajet yang digunakan untuk menggunakan lebihan untung (surplus) bagi menampung perbelanjaan kita.


Bajet surplus yang dicadangkan dalam increase your financial IQ adalah dengan membayar perbelanjaan pada diri sendiri 30% daripada keuntungan/perolehan pendapatan anda terlebih dahulu sebelum membayar keperluan lain seperti hutang.

30% tersebut perlulah di belanjakan kepada
1.     Simpanan
2.     Zakat
3.     Pelaburan

Sekiranya keuntungan diperoleh adalah RM1, maka, RM0.30 diambil dan dibelanjakan untuk 3 perkara tersebut dahulu dan RM0.70 kepada perbelanjaan penting lain termasuk hutang.

Secara peribadi, saya menyokong bajet seperti ini kerana sebagai umat islam, kita amat dituntut untuk menginfakkan harta kita ke jalan yang diperolehi.

Dalam surah Al-Fajr, jika saudara saudari baca tafsirannya, bagaimana kita dituntut meraikan anak-anak yatim dan berkelompok/berjemaah memberi makan kepada orang miskin. 

Apakah kita lupa, punca rezeki dimurahkan adalah dengan memberi?

Dalam seminar Intensif Magnet dan Kekayaan baru-baru ini, Dr Azizan Osman berulang kali menyatakan betapa kuatnya THE POWER OF GIVING kepada magnet rezeki individu.

Basa advancenya, law of reprocity, the more u give, the more u get back

Sharing knowledge juga dikategorikan sebagai memberi. Saya akan mendisplinkan diri dengan bajet surplus ini, anda bagaimana?


No comments:

Post a Comment