Friday, June 27, 2014

Bumiputra manja?

Assalamualaikum kepada semua pembaca


Kali ini, idea penulisan kali ini berkisarkan mengenai bumiputra. Ya, bumiputra. Sebentar tadi, ada seorang kenalan baru saya, bertanyakan soalan yang nampak lekeh, tapi mendalam.

Dia bertanya lebih kurang begini,  

Betul atau tidak, orang melayu muda ni memang perlu bantuan kerajaan ke untuk maju?

Soalan ini bukanlah ditanya dengan niat untuk memperkecilkan keupayaan melayu dalam konteks ekonomi, tapi lebih kepada ingin tahu.

Saya pada mulanya mahu katakan tidak kepada soalan ini, tapi bila diberitahu beliau telah bertanyakan soalan yang sama dengan orang lain dan jawapan diterima adalah TIDAK. Saya cuba nyatakan sebaliknya tapi lebih berkias.

OK
Bagi saya, saya menjawab yang orang melayu perlukan bantuan kerajaan untuk maju, tapi bukan pada semua perkara. Bantuan kerajaan hanyalah satu alat untuk kita gunakan. Tetapi, apa yang lebih penting daripada alat ialah si pemakainya.

Pemakai alat bantuan ini perlulah menggunakan kemudahan diperolehi dengan bijak, bukan menyalah gunakan ke tempat yang tidak sepatutnya.

Mentaliti seseorang itu menjadikan dia berbeza dengan orang lain. Mentaliti yang menjadi masalah orang melayu kebanyakannya ialah mentaliti makan gaji. Ramai yang mahu ke universiti mendapatkan ijazah atau diploma agar mudah diterima bekerja dan ditawarkan dengan gaji yang lumayan. Bekerja makan gaji bukanlah satu kesalahan, tetapi cara menguruskan gaji/ wang graduan itu yang salah. Baru bekerja sudah mahu membeli liabiliti (kereta). Alasannya mudah ke tempat kerja.

Apabila langkah pertama sudah salah, mudahlah mereka tersalah langkah yang kedua, buat lebih banyak hutang, kad kredit, hutang peribadi (personal loan). Alasannya, kalau tak buat hutang, bila mahu kawin bro.

Inilah mentaliti makan gaji yang dikeji. Mentaliti dan kemahiran menguruskan wang adalah di tahap kritikal.

Kesedaran pengurusan kewangan adalah ilmu asas wajib seorang yang mahu kehidupan yang lebih baik. Jika anda ingin selamanya bekerja, teruskan dengan habit lama anda.



Saya mahu anak-anak muda kita tahu erti financial freedom. Financial freedom means power. Kekuatan ekonomi adalah salah satu senjata ummah. Carilah ilmu bersama rakan-rakan, cara-cara mengurus dan menggandakan wang anda. Beli aset, bukan liabiliti.


Sekian perkongsian kali ini.

No comments:

Post a Comment