Sunday, June 22, 2014

Financial Inteligence Celik Wang Post pertama


Setelah menyimpan keinginan yang lama untuk menulis blog berkenaan hartanah, pelaburan dan pengurusan kewangan, akhirnya pada tanggal 22 Jun 2014, bermulalah satu post baru dari saya sebagai satu medium perkongsian ilmu yang diperoleh dari pengalaman harian sama ada dari orang sekeliling saya mahupun dari pembacaan.

Untuk post yang pertama, saya berminat untuk berkongsi ilmu daripada pembacaan buku karya Robert Kiyosaki bertajuk Increase Financial IQ.

Tertarik pada cara penulisannya, saya membeli buku ini di kedai buku 1 Malaysia di stesen bas pudu. Buku ini menerangkan betapa pentingnya kita untuk celik kewangan dalam kehidupan seharian.

Terdapat 5 Financial IQ yang diceritakan dalam buku ini iaitu:

1.     Mendapatkan lebih banyak wang
2.     Melindungi wang
3.     Bajet wang
4.     Leverage Wang
5.     Memperbaiki pengetahuan berkenaan Kewangan

Bagi saya, ilmu ini adalah wajib dituntut bagi seorang yang mahukan penambahbaikan dalam kewangan. Financial IQ adalah langkah pertama sekiranya anda berhasrat untuk menjadi golongan yang kaya.

Duit yang banyak tanpa pengurusan yang betul hanya membuatkan sesorang itu rugi.
Ala, ibarat pepatah popular, sama ada ikan atau joran, yang mana satu pilihan kita? Ikan  dalam bentuk one shot atau joran yang berguna untuk menjana ikan-ikan yang lain (baca duit)

Sekian untuk post kali ni.
22 Jun 2014


No comments:

Post a Comment